~ Makluman ~

" Kami mohon maaf kerana laman ini masih dalam pembinaan yang tidak diketahui bila akan lengkap. Harap berpuas-hati dengan apa yang ada setakat ini dan dapat juga memberi sebarang pandangan demi kebaikan. Kepada saudara-saudara dan sahabat yang mempunyai maklumat serta foto (lama) untuk dimasukkan kedalam laman ini harap hubungi email; azamwild@gmail.com Terima kasih atas segala bantuan dan sokongan. "

Pemula Kata

Bismillah hirohman nirohim. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Syahadan sebermula maka dikarangkanlah akan 'hikayat' ini sebagai peringatan kepada anak-cucu dimasa-masa akan datang supaya dapat akan ia dijadikan panduan dalam mencari susur-galur keturunan dan sejarah keturunan kita ini adanya.

Adapun 'hikayat' ini adalah surah sejarah juga adanya dan dituliskan dari segala ingatan dan dari segala buah percakapan dan perkisahan dari orang-orang tua juga kiranya. Tidaklah ianya bersalahan dengan segala kisah yang diriwatkan oleh orang-orang tua pada waktu itu adanya.

Buat segala anak-cucu pada masa hadapan maka hendaklah mengingati bahawa tanah air kita telah sedikit demi sedikit diambil orang dan kita akhirnya akan berdagang di tanah air sendiri layaknya.
No posts.
No posts.